Dulu masa zaman aku kecik-kecik, bila cuti sekolah mana la ada program-program macam skang ni....motivational camp, english class, kem genius matematik...macam-macam lagi la. Cuti sekolah jek...wat aktiviti sendiri, sauk ikan kat parit guna pongkis, main tembak-tembak guna senapang kayu buatan sendiri, main anak patung kertas...tak pun tengok karton He-Man, Sheera hehehehehe
Kira zaman anak-anak kita skang ni memang untung, cuma kita je sebagai ibu bapa yang perlu bijak memilih program-program yang sesuai dengan anak-anak kita...sebab zaman skang ni aku rasa it's not only giving knowledge to our kids (from school)..but SURVIVAL skills tu tambahan penting yang perlu kita beri pada diaorang...
So tuk cuti sekolah dua minggu ni aku ada la dua program yang nak dikongsikan...rasanye sempat lagi kot kalau ada parents yang nak register kan anak-anak:
1. Motivasi Alihan Pelajar (M.A.P)
Kursus ni terbuka tuk pelajar dari darjah 3 sampai la yang dah kat universiti atau kolej. Selalunye untuk pelajar 3, 4 & 5 dirangkum satu kelas. Darjah 6, menengah dan universiti another class.
Bagi parents yang anak-anaknye ada masalah-masalah kat bawah ni (macam aku la...Haziq malas nak ulangkaji) leh la anto:
Anak malas belajar?
Anak degil?
Anak tak solat?
Anak rajin tapi masih tak cemerlang?
Anak tak pandai urus masa?
Anak lemah dalam pelajaran?
Anak langsung tak ulangkaji?
Anak terlibat ngan masalah sosial?
Anak tak yakin dengan diri sendiri?
Anak taka beri tumpuan kat kelas?
Untuk Haziq (darjah 4) aku dah register tuk tarikh 19-20 Jun ni kat Wisma Belia tepi Federal Highway. Waktu kursus ari pertama start dari pukul 8.00 pg -7.00 ptg...ari kedua plak start 8.30 pg - 5.00 ptg (tak bermalam...kita kena anto dan amik anak). Harga kursus ni tuk 2 ari RM300.00. Trainer nye Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad, Ph.D. Kalau nak anto message direct leh add dia kt FB...type jek Tengku Asmadi atau leh gi kat website ni.
Ada lagi satu kursus yang aku nak anto tuk Haziq bulan ni tapi tarikh nye clash ngan M.A.P...nama nye:
2. Kaedah Mokhdar
Matlamat Kaedah Mokhdar ni sebeno nye tuk train anak-anak kita jadi genius matematik. Kurus ni tuk 7 hari (bole pilih samada nak biar anak kita bermalam atau tak). Untuk bulan 6 ni ada 2 sesi:
- 6-12 Jun 2010
- 13-19 Jun 2010
Kalau bermalam harganye RM700.00...kalu tak bermalam RM500.00. Kalau aku tempat yang paling dekat samada Ampang atau Country Homes Rawang la. Tapi yang ada kat luar KL pun leh anto gak anak-anak korang sebab diaorang ada wat kat hampir semua negeri, Johor (Batu Pahat, Kota Tinggi, Kulai etc) Melaka (Jasin, Bandar Melaka, Masjid Tanah), Negeri Sembilan, Terengganu etc. Memang banyak testimoni pasal Kaedah Mokhdar ni... Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini atau call untuk tahu details tentang harga atau lain-lain soalan.
So aku harap info ni dapat la dimanafaatkan k..Harap-harap anak kita sume bukan cerdik dalam pelajaran jek tapi tahu nak bawak diri, bergaul and survive in the real world..:-)
0 comments:
Post a Comment