Pages

July 15, 2010

Nape La Gitu Perangainye??

Semalam gi makan kat kedai yang memang selalu lepak ngan Abg & Haziq. Kedai ni makanannya memang sedap arr..tapi yang herannya pekerja selalu sangat bertukar-tukar.

So semalam, budak baru yang amik order. Bila dia amik order tu ada yang dia tak sure so dia tanye la kat anak tauke tu. Tapi muka anak tauke kedai tu (perempuan) punyelah menyinga..menjeling jek kat budak tu. K lah..tu kira tak kisah lagi.

So bila aku tunggu order..mee hoon soto yang aku order tu budak yang amik order tadi terhantar kat salah meja. Apa lagi anak tauke tu sound lagi arr...membebel-bebel. Aku dengar kesian gak..tapi nak wat camne. So continue la makan.

Bila dah abis makan, aku gi bayar kat kaunter..Aku tak perasan dalam masa yang sama budak yang amik order tadi ngan lagi satu kawan dia datang kat meja yang Abg duduk dan tetiba jek cakap kat Abg "Kitaorang dah tak tahan la bang..kitaorang pakat nak berenti..dia suka maki la.." Abg pun terkezut gak bebudak tu cakap camtu...mungkin diaorang nak luahkan perasaan kot..So sempat la Abg berbual-bual jap ngan budak-budak tu.

Aku tak paham nape la ada majikan yang macam ni. Kalau sekalipun kau tu bos..tak bole ke cuba cakap elok-elok dan jangan sesuka maki orang kat depan orang lain. Sebagai manusia bukan ke kita patut ada rasa timbang rasa..pre kemanusian sesama manusia. Jangan la suka-suka nak maki..maki jek..nak marah..marah jek. Kita sume ada hati dan perasaan tak kira la kita ni kuli ke, bos ke..kita tetap manusia. Aku harap la orang macam ni dapat pengajaran supaya tak senang-senang buat orang lain sesuka hati.


July 05, 2010

M.A.P - Memang Bagus!! Parents Should Consider Sending Their Kids

Sepatutnye Haziq pegi masa cuti sekolah bulan 6 aritu...tapi disebabkan ada perubahan jadual..tu yang 3-4 Julai baru ni Haziq pegi. Apa yang bole aku katakan, parents yang mampu memang patut consider untuk anto anak ke kursus motivasi ni. Bukan saja bagus tuk anak-anak tapi juga ada input yang sangat-sangat berguna untuk parents pada hari terakhir kursus dalam lebih kurang 2 jam (sesi bersama ibubapa). Walaupun masa 2 jam tu tak lah lama, tapi sebagai parents aku rasa memang bagus dan puas hati sesangat dengan input yang diberikan. Tahniah pada pengasasnya, YM Prof Dr. Tengku Asmadi.


Semalam ada la satu sesi yang mana anak-anak yang hadir dipilih secara rawak, naik ke atas pentas dan ceritakan pengalaman sebelum dan selepas ikuti M.A.P (Motivasi Alihan Pelajar). Dalam ramai-ramai pelajar tu, ada sorang pelajar yang yang membuatkan aku menitiskan airmata. Budak ni bapaknye dah takde sejak umurnye 12 tahun (skang dia tengah tunggu SPM). Kata dia, masa mula-mula mak dia suh pegi kursus M.A.P ni dia rasa malas nak gi tapi bila mak dia cakap terpaksa pinjam RM300 tuk anto dia ke kursus ni so dia pun gi la sebab nak amik hati mak dia..kesian sebab mak terpaksa pinjam duit ngan orang demi untuk dia. Budak ni kata, sebelum ni kat sekolah memang mak dia memang tak pernah miss jupe cikgu disiplin (dia sek kat sek agama)..sebab dia memang antara pelajar bermasalah. Even masa pegi kursus ni pun dia pegi bawak rokok dalam beg!!! Pastu sambil menitiskan airmata, dia kata bila dah pegi kursus ni dia rasa terlalu insaf sangat dan dia baru sedar pengorbanan ibu dia yang membesarkan dia sorang diri..dan dia berjanji tak kan merokok dan belajar bersungguh-sungguh. Memang touching gilerr sebab dia kata sebelum ni dia memang susah nak nangis..Itulah penangan M.A.P yang gunakan pendekatan emosi sewaktu menjalankan kursus ni. Sebab Tengku Asmadi kata, kalau pendekatan yang hanya gunakan kata-kata memang tak cukup....abis kursus pastu lupa. Tapi bila guna pendekatan emosi..ia akan terus melekat dalam hati dan mampu bertahan dalam jangkamasa yang agak lama.

Antara tips untuk parents yang aku nak kongsi kat sini..Tengku Asmadi cakap kalau ada di antara anak-anak yang degil, susah nak dengar cakap..cuba wat camni. Bila anak kita baru tidur, pegi kat anak dah kita cuba komunikasi ngan minda separuh sedar anak-anak kita. Masa tu pesan la apa yang kita nak kat anak kita contoh "Haziq, rajin solat dan rajin belaja ya sayang" cakap ulang-ulang AYAT YANG SAMA (mesti sama setiap kali kita cakap ngan anak kita tak leh berubah-ubah) sampai dia berikan respon..contoh dia mengangguk (semalam dah cuba dah..memang ada respon dari Haziq..hehehehe). Dia kata dia dah berikan kan tips ni pada ramai parents sejak 16 tahun yang lalu, memang Insyaallah berkesan..cubalah.

Semalam memang ramai parents yang datang penuh gilerrr!!! Kira sambutan memang bagus arr. Tapi bak kata Tengku Asmadi, kita sebagai parents ni jangan la gantung harapan yang tinggi sangat kat anak kita. Contohnye, anak-anak kawan kita yang dah gi M.A.P balik banyak perubahan, tapi anak kita perubahannye kecik jek. Jangan risau dan jangan sindir-sindir anak tu, kita kena tengok jugak kat diri kita. Mungkin ada sesuatu kat diri kita yang perlu kita ubah kalau nak tengok anak kita berubah.
Apa pun aku rasa memang berbaloi bayar tuk kursus ni dan aku memang recommend parents kat luar sana tu anto anak dan experience sendiri. Ada gak buku-buku untuk memotivasi kan anak yang memang berbaloi beli. So apa lagi..cuba la. Moga anak-anak kita berjaya hidup di dunia dan akhirat....amin.

July 04, 2010

German Outstanding...Argentina Bungkus!!

Best tol la match semalam...memang layan la...Aku ngan Abang tak tengok bola kat luar sebab pagi-pagi seawal 7 pagi dah nak anto Haziq gi motivasi M.A.P (Motivasi Alihan Pelajar).

Tak sangka betol Argentina kena titik sampai camtu skali...Maradona silap startegi rasanye sebab asyik dok harap star2 jek..Messi ngan Tevez..bila Messi dah kena marking memang dah tak leh nak kata apa arr...German plak main laju giler..pantang ada peluang..defend plak bagus. Bukan macam Argentina...hampeh..Keciwa gak Argentina tak dapat masuk semi final :-(

Tu la agaknya Allah tak izinkan sebab Maradona kan nak berbogel kalau Argentina menang World Cup hehehehe..Niat entah apa-apa tu arr pasal :-)

Pasni kita tengok plak German lawan Spain..mesti fight gilerrr. Tak leh miss match ni!!



July 01, 2010

Come On Be Independent....

Pagi-pagi arini aku ada dengar cerita dari member aku pasal cousin nye (lelaki) yang meninggal...muda lagi. Tapi yela la nak "pergi" bukan kira tua muda..kalau ditakdirkan "pergi" pada usia muda nak buat camne...itu kehendakNya kan..kita kena redha...


Aku sebenonye bukan la nak citer pasal mati ke apa...tapi yang aku sedih bila dengar orang yang meninggal tu tinggalkan isteri dan anak-anak yang ramai dan masih kecik-kecik lagi..dan yang paling memeritkan bila si isteri tu tak berkerja sebab selama ni mengharapkan suami menanggung sumenye.. Bab ni yang buat aku rasa tak leh tahan dan tertanye-tanye macam mana si ibu tunggal ni nak menyara anak-anak???


Aku ni pun pompuan...dan sebagai sorang pompuan aku rasa kita perlu jadi independent dari macam-macam aspek..jangan terlalu mengharapkan suami kita tuk buat sume benda tuk kita. Aku ada member yang terlalu mengharapkan suaminya...pergi keja kalau husband tak dapat nak hantar mula la resah tak tentu pasal..sebab nak naik public transport tak reti, nak drive ada lesen tapi tak berani..so camne tu??? Aku bukan nak mengutuk atau apa, tapi aku rasa kita mesti ada contigency plan sebab kalau la ditakdirkan berlaku apa-apa pada suami kita, tak la kita patah kaki dan buntu tak tau nak buat apa..


Aku pun dah alami situasi macam ni dulu.. Sebelum aku tau drive sendiri sume aku nak kena mintak tolong Abang yang buat. Nak pegi sana sini sume nak kena anto..bila datang mood Abang kurang sikit..tak dapat la nak gi tempat yang aku nak tu. Tapi skang bila dah pandai drive senang, nak g shopping sendiri pun bole..aku angkut jek Haziq..senang hehehehe..


The main point yang aku nak share kat sini..be independent so we can roll the ball on our own..Kita bukan setakat sorang pompuan, tapi jugak sorang isteri dan ibu yang penuh ngan tanggungjawab. Skang ni sume perlukan duit tuk nak teruskan hidup..kalau ditakdirkan ketua rumah kita dah tak mampu nak sara kita dan anak-anak, sekurang-kurangnya kita ada punca pendapatan dan tak perlu lah meminta-minta...

 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase