Pages

December 04, 2011

Dah Beso Dah Anak Bujang Aku Ni....


Dulu masa kecik-kecik tengok nenek uruskan abang-abang aku bila diaorang bersunat atau berkhatan..skang giliran aku plak urusan anak bujang aku yang sorang ni. Tengok masa nenek wat sume tu nampak senang..tapi bila dah menghadapinya sendiri baru tau huhuhu...

Masa mula-mula sebelum Haziq bersunat, aku ingat nak dia merasa bersunat ngan teknik "Clamp" tapi bila tengok anak sedara aku yang "hasilnya" tak berapa nak elok...terus tak jadi. Teknik biasa sudah. So 30.11.2011 adalah harinya...syukur Alhamdullilah sume nye selamat...Haziq memang tenang la masa pegi ke klinik..dia relaks je tapi umi dia plak yang risau yela tak tau what to expect. Lepas kena bius, dia relaks gak...dalam hati berkata "bagus gak anak aku ni..." I'm proud as a mom :-) Aku tengok masa kat klinik aritu ada budak-budak siap pucat lesi..badan dah macam tak ada darah..siap muntah-muntah..kesian :-(

Balik je umah..jeng jeng jeng...bermula la fasa baru...suspen gak. Macam-macam nak kena jaga bila anak bersunat..terutama makan minum. Macam pantang orang beranak la katakan. Sehari sebelum Haziq bersunat, aku dah siap-siap gi pasar beli daging, ikan caru (yela bukan sume jenis ikan leh makan kan) dan yang paling penting Gamat tuk luka. Malam first lepas sunat...memang tak leh tido aku dibuatnye..mana tak nye ubat bius dah abis..siap la dia menangis tak leh tido..bisa katanye. Bila dia tak leh tido aku pun sama tak leh tido...tapi takpe tuk anak aku sanggup berkorban. Hari kedua pun camtu gak...rasaya lagi teruk dari malam first tu dia tak leh tido spai ke pagi. Bila dia menangis aku plak yang sedey....huhuhu. Bila pikir punye pikir apa yang dia makan spai jadi macam tu..rupanye dia makan roti butterscotch...aku rasa roti tu ada telur tu yang gatal dan bisa...memang tak leh makan sembarangan....lesson learnt.

Third day...things become better spai la ke hari ni. Sume benda aku pantau...minum air tak leh banyak, makan tak leh banyak-banyak kuah, makan gamat, makan antibiotik...dah macam pegawai kesihatan dah aku rasa..hehehe. Amik air sembahyang pun kat atas katil coz tak nak dia jalan banyak-banyak. Tapi aku rasa that's the best for him. Bila hari ketiga gi ke klinik, doktor pun impressed..dia kata cepat kering.."letak apa ni? gamat ke"...Alhamdullilah syukur :-)



Muka happy sebelum tak leh tido malam kedua..huhuhu

Aku rasa bila Haziq bersunat, bukan dia je yang belajar pengalaman baru tapi aku pun belajar gak..Syukur pada Allah yang berikan kesempatan ni tuk aku belajar dan timba pengalaman baru :-)




November 18, 2011

Nak Servis Tuk Tulis Resume??

Just nak share ngan kawan-kawan sume tak kira la kat mana anda berada....cewah berbunga plak ayat aku ni hehehe...Ni pasal Resume Writing Service yang aku penah subscribed.

Kadang-kadang ada orang tu experience power tapi mungkin dek masa yang tak berapa nak cukup atau tak menyempat..nak wat resume pun ala kadar jek bila nak mintak keja. Tu yang kadang-kadang ada interviewer yang tak berapa "berselera" jek bila baca resume tu...hehehehe. Atau ada gak fresh graduate yang tak tau cam mane nak buat satu resume yang impressive...al maklum baru nak mula keja kan. Competition dah la sengit skang ni kan..kalau setakat wat ala kadar jek memang la interviewer tak pandang.

Oleh sebab itulah aku nak share pasal resume writing service yang aku penah subscribed ni. Alhamdullilah memang berbaloi..charges pun tak la mahal. Tapi kena ingat semua information yang korang nak bagi pada resume writer ni mestilah betol tau...sebab kalau bagi information tipu kang masa interview nanti korang gak yang tenganga..Maksudnya you must walk the talk. With good combination; power resume, good communication skills and pleasant personality..insyaallah bole dapat keja yang korang inginkan.

Tapi aku rasa for first impression, resume memang kena power sebab nak entice orang yang baca which means the interviewer. So kalau rasa-rasa korang perlukan servis ni jangan lupa click kat sini k http://www.winningresume4u.com/


November 14, 2011

Jom Jadi Penderma Organ

Sebenarnya dah lama aku menyimpan hasrat nak jadi penderma organ. Akhirnya semalam hasrat aku dah tercapai. Lepas tengok Saffiya program di TV9 aku terus daftar online...syukur Alhamdullilah.

Semalam Dato' Dr Hassan Din Al Hafiz cakap banyak orang beranggapan kalau sekiranya kita mendermakan organ kita maka di akhirat kelak bila kita mengadap Allah...kita ada datang dalam keadaan tak sempurna. Sebenarnya, menurut Dato' Dr Hassan lagi, tu semua hanya tanggapan orang saje dan sesungguhnya Allah jua yang mengetahui macam mana keadaan kita kelak. Sebenarnya mendermakan organ adalah diharuskan dalam Islam..sebagai sedekah jariah kita kepada orang yang memerlukan. Katanya lagi...memang ada dinyatakan di dalam Islam sekiranya seseorang tu dah meninggal dunia, jenazahnya kena dalam keadaan sempurna (tidak dicacat celakan) Tapi sekiranya, niat kita adalah untuk nak buat sedekah jariah dengan mendermakan organ kita, maka ia diharuskan dan dibolehkan dalam Islam.

Aku bukannya pandai sangat...tapi bila dah buat research dan dah fikir masak-masak...aku rasa apa salahnya kalau kita memberikan apa yang Allah "pinjamkan" kepada kita selama ni untuk kebaikan orang lain pulak. Cuba bayangkan kalau ada kat luar sana..anak kecil yang menunggu penderma jantung atau buah pinggang bertahun-tahun lamanye. Sekiranya anak kecil tu adalah anak kita atau dari kalangan ahli keluarga kita...mesti kita sedih :-(

Kehidupan kita kat dunia ni adalah merupakan detik-detik permulaan tuk kehidupan kekal kat sana. Kalau rasa-rasa mampu nak buat apa salahnya jadi penderma organ. Mungkin ada yang kata.."tak jadi penderma organ pun bole wat benda lain gak sebagai sedekah jariah". Tu memang betol. Tapi oleh kerana aku rasa masih ramai lagi yang tak nak jadi penderma so apa salahnya kita jadi salah seorang daripada penderma tu.

Buat masa sekarang ni bilangan penderma organ di kalangan orang Melayu tersangat la kurang berbanding dengan bangsa Cina & India. Cuba tengok link kat bawah ni:


So kengkawan, kalau rasa nak mendaftar jom la. Kita bantu berikan kehidupan baru pada orang lain tak kira lah bangsanya atau agamanya. Kita cuma berdoa mudah-mudahan dengan izin Allah organ kita tu akan digunakan sebaik-baiknya dan dapat memberikan sinar baru dalam kehidupan diaorang :-)

August 03, 2011

Beratnya Dugaan Norma...

Hari ni aku dapat satu email dari sorang kawan...pasal sorang perempuan bernama Norma yang menghidap brain kanser stage 4..Masa kat ofis tadi tak dapat nk concentrate baca email tu sebab busy. So malam ni aku amik kesempatan baca blog kak iparnya bernama Moon. Sangat menyedihkan..aku tak dapat tahan air mata sampai menangis teresak-esak.......

Kadang-kadang kita selalu pikir, kitalah orang yang diberikan ujian yang banyak dan kuat daripada Allah..tapi rupa-rupanya disekeliling kita ada lagi orang lain yang menerima dugaan yang kita tengok seperti tak tertanggung. Tapi aku yakin Allah tak pernah zalim pada hambanya..setiap dugaan yang Dia beri pasti ada hikmah dan sesunggunya Dia Maha Mengetahui Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Norma baru berkahwin pada 6 Mac 2010. Tapi pada 1 Mac 2011 dia disahkan menghidap brain tumor. Baby nye Rafiq pun masih terlalu kecil tuk paham kesakitan dan keperitan ibunya. Kesian btol aku tengok baby sekecil tu yang tak dapat dibelai seorang ibu. Tapi Rafiq beruntung sebab ada seorang ayah yang penyayang...sanggup bersusah payah menjaga sorang isteri yang terlantar sakit dan dalam masa yang sama menjaga anak yang masih kecil.

Aku cuma nak mintak sesiapa yang baca blog aku ni, kalau sudi hulurkan lah bantuan pada Norma. Moga kita dapat sama-sama meringankan beban keluarganya untuk menganggung kos rawatan penyakitnya. Ni ada details bank akaun nye kalau ada yang sudi nak membantu:

CIMB - Noormawati Mohd Rasif
Akaun No: 01070068677528

Moga bantuan kita yang tak seberapa ni dapat membantu Norma membina kehidupan nya semula sebab takde apa yang mustahil di sisi Allah..Lagi satu yang paling penting kita doakan moga Norma akan sembuh semula...amin.

June 25, 2011

Wahai Sang Suami Hargailah Isteri Anda..

Memegang title sebagai seorang isteri ni bukannya senang. Lebih-lebih lagi kalau isteri yang bekerja..kang balik rumah nak masak plak, nak uruskan anak, nak kemas rumah dan macam-macam lagi kerja yang nak dibereskan. Kalau dapat suami yang bertimbang rasa memang beruntung la sape-sape wanita yang bergelar isteri.

Tapi kalau dapat suami yang tak menolong tu takpe asalkan jangan la cerita keburukan si isteri tu pada orang luar..Kononnye alasan si suami nak hilangkan stress..tak tau nak cakap kat siapa so luahkan la kat kawan. Yang memburukkan lagi keadaan bila ada suami yang menceritakan keburukan isteri pada kawan..or so called best friend perempuan. Sedih btol bila aku tengok ada situasi macam ni berlaku depan mata :-(

Sebelum nak buat macam tu cuba renung-renungkan, fikir-fikirkan dulu apa yang dah isteri anda lalui.. Betapa susahnye si isteri nak mengandungkan zuriat anda, melahirkan, menjaga makan minum dan berkongsi susah senag dengan anda selama ni. Tak ke besar pengorbanan seorang isteri tu?

Kalau pun stress atau ada masalah dalam rumahtangga, cubalah bawak berbincang, buat heart to heart talk. Kalau tak boleh gak jumpa la orang ketiga yang betol macam pakar kaunseling kan lebih baik dari menjaja cerita rumahtangga kat kawan-kawan. Lebih menyedihkan bila si suami mencari kawan perempuan untuk meluahkan isi hati nye..Apa tujuan semua tu? Bukankah kalau dah berdua akan ada yang ketiga? Mungkin mula-mula niat cuma nak kongsi cerita, masalah etc tapi lama-lama takut akan berbuah pulak rasa suka, cinta dan mula membeza-bezakan si isteri dengan si wanita yang menjadi pendengar setia tu..."Kalau bini aku macam si polan ni kan bagus..understanding" Mula la balik rumah asyik teringatkan orang lain yang kononnye lebih memahami....masyaallah..

Walaupun isteri anda tak nampak apa yang berlaku di luar..yela masing-masing bekerja di ofis yang berasingan atau isteri anda suri rumah sepenuh masa..tapi bersikap jujur la dengan isteri anda tu sebab Allah nampak apa yang berlaku. Bagi aku takde istilah "takde apa-apa" bila lelaki dan perempuan tu dah terlalu intim. Aku ni pun bukanlah bagus sangat nak nasihatkan orang..tapi kita sebagai isteri atau suami orang kenalah jaga batas-batas pergaulan antara kawan-kawan.

Hargailah pasangan anda dan terimalah dia seadanya..Belajar terima kekurangan dan kelebihan masing-masing dan moga-moga ia dapat lengkap melengkapi satu sama lain..amin

March 16, 2011

Baru Aku Tau Betapa Pentingnya Wasiat

Lama betol tak update blog aku ni...berkurun rasanye hehehehe..at last i''m back!!!

Ni la aku nak story sikit...arini baru aku tau betapa pentingnya wasiat dalam kehidupan kita. Di kalangan masyarakat melayu kita ni kalau kita cakap pasal buat wasiat, mesti keluar ayat-ayat macam ni "Apa ko ingat aku dah nak mati nak wat wasiat!!!" atau mungkin ada gak yang cakap macam ni "Yela ko tak pe banyak harta, leh la wat wasiat..aku ni tak de apa nak diwasiatkan...." Betol tak??

Salah sebenonye anggapan macam tu..kita ada harta ke tak de harta ke tetap leh wat wasiat..Heran kan? Camne? Sebab wasiat bukan je ada tuk wasiat harta tapi jugak ada wasiat yang dinamakan wasiat tauhid yang mana kita berpesan kepada waris kita supaya membuat kebaikan ke jalan Allah contohnya; "Aku mewasiatkan supaya anakku membacakan Yasin pada setiap malam Jumaat misalnye...Pernah tak korang yang macam aku ni terpikir tuk wat wasiat camni? Mesti tak pernah terpikir kan...hermmmm

Tula nak dijadikan cerita arini aku & member aku gi ke Amanah Raya Berhad..Tapi sebelum citer nak gi ke Amanah Raya ni muncul, sebeno-benonye aku gi ke Maybank pasal account ASB. Pastu aku terkeluar plak soalan kat pegawai bank tu..."kalau saya mati, macam mane cara waris saya nak uruskan pengambilan ASB saya ni?" So pegawai bank tu cakap "Puan, mana-mana account ASB (account biasa atau pun ASB loan tu), kalau sekiranya si pemegang account tak de wasiat, maka semua tuntutan kena dibuat melalui Amanah Raya. Bayangkan la betapa susah nye waris kita nanti nak wat urusan..sedangkan duit dalam account tu bukan la banyak sangat kan.

So aku pun gi la ke Amanah Raya jupe pengurus nye En Hamka...a very helpful man. Dia la yang menerangkan segala-galanye sampai aku rasa..wah camni rupanye..dan penting nye wasiat. Amanah Raya sanggup pegi dari office ke office atau rumah ke rumah untuk beri penerangan tentang kepentingan wasiat ni tanpa mengenakan sebarang bayaran. Tapi untuk cost nak buat wasiat, bayaran nye tak mahal cuma RM350.00 je...memang bole sangat la..

Masa jupe En Hamka tu dia sempat la share 2 case ngan kitaorang..KES PERTAMA - Suami isteri ni dah berkahwin lama tapi tak de anak. Sebelum si isteri meninggal dunia, dia meletakkan nama ibunya sebagai Penama dalam KWSP. Arwah isteri banyak meniggalkan hutang piutang yang nak dijelaskan tapi si ibu mertua langsung tak beri sikit bahagian pun pada si suami untuk bantu melangsaikan hutang-hutang tu walaupun setelah berbincang. So end up si suami la kena membayo sume hutang piutang yang ada. Kata En Hamka lagi, ada jugak kes yang mana si mati diisytiharkan bankrap oleh institusi kewangan sebab hutang piutang yang tak langsai.. Tak ke kesian tu.. KES KEDUA - Suami isteri pensyarah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Pasangan ni ada meninggalkan dua orang cahayamata. So bila Amanah Raya wat siasatan..pasangan ni ada membelikan insurance yang bernilai RM400,000-00 untuk tiap seorang anak-anak nya. Bila tau bebudak ni berduit, besan ngan besan berebut-rebut nak kan hak penjagaan cucu ni. Tak ke pening kepala dibuatnya.. Tula, kalau sekiranya ada wasiat masalah-masalah macam ni dapat dielakkan.

So kengkawan..apa lagi buat la wasiat anda dari sekarang sebab kita tak tau bila masa kita akan "ke sana"...Moga-moga kesedaran kita skang dapat memudahkan waris kita meneruskan hidup bila kita dah tak de kelak.
 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase