Pages

April 08, 2012

Ketepikan Rasa Malu..Dan Belajar

Minggu lepas bermulanya kelas mengaji di surau kat tempat tinggal aku untuk kami satu keluarga. Beberapa hari sebelum tu macam-macam yang aku rasa; segan, takut dan macam-macam lagilah...al maklum dah umur-umur macam ni nak belajar mengajikan. Sebenarnya bukan la tak bole mengaji langsung tapi memikirkan peluang untuk belajar dari seorang ustazah "bersanat"dari Universiti Al-Quran, so kami sekeluarga rasa patut amik peluang ni untuk belajar.

Aku bukan apa, sekadar nak berkongsi je..Kekadang kita rasa kita dah baca dengan betol..tapi rupanye dengan sikit sebutan lari pun sudah menjadi salah dan mendatangkan dosa bila kita mengaji Al-Quran. Lagi pun sebaik-baik kalau nak mengaji tu mesti la berguru kan ;-)

Masa first time masuk kelas aritu memang la tak ramai. Aku, suami, Haziq dan seorang pakcik yang berumur 60 tahun!! Respect la kat pakcik tu yang masih lagi nak belajar walaupun dah jadi warga emas. Bila aku tengok jek pakcik tu, terus rasa malu aku tu hilang hehehe. Yela..kalau orang tua macam tu pun sanggup nak belajar Kalam Allah tu, tak kan la aku yang muda ni tak nak..mesti rugi!

Ustazah ni memang kerjanya menawarkan servis mengajar Al-Quran dari rumah ke rumah. Yurannye tersangat la murah. Kalau nak dia datang ke rumah..kira personalize coaching harganye RM80 seorang..(dewasa atau kanak-kanak sama je). Tapi kalau macam kitaorang ni sebab dia wat kelas kat surau..so dia cuma charge RM20 je seorang. Murah kan???

So kalau ada sesiapa yang berminat gtau k..nanti aku leh bagi no tepon dia. Benda yang baik ni bagus kalau kita kongsikan. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah sentiasa...Amin.
 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase