Pages

November 25, 2012

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Imamah (MATQI)

Sebenarnya keputusan untuk "melepaskan" Haziq bukan satu keputusan yang mudah..walaupun peringkat permulaan ni dia hanya pegi orientasi a.k.a kem untuk sebulan je...tapi memang rasa berat nak lepaskan dia, mungkin sebab dah 12 tahun berkepit..ada depan mata :-( Aku dan suami dah amik keputusan untuk hantar Haziq ke tahfiz yang sepenuhnya menghafaz Al-Quran tanpa akademik..means tak de la PMR ke atau SPM tuk Haziq..bukan sebab Haziq tidak cerdik tapi tujuan kami supaya Haziq dapat menghafaz Al-Quran tanpa sebarang gangguan lain..fully Al-Quran dan pengajian Islam saja.

Memang pada mulanya ada ahli keluarga yang mempertikaikan..."camne Haziq nak keja kalau takde SPM?", "Haziq kan cerdik nape tak hantar sekolah biasa?", "Nanti nak keja apa"...eeee memang macam-macam la orang menyoal sampai pening mula-mula tu memikir. Tapi setelah aku dan suami pikir punye pikir dan pada masa yang sama bertanya pada guru tahfiz kami (guru mengaji kami la) so kami amik keputusan tuk anta Haziq ke tahfiz tanpa akademik. Pada masa yang sama gak...aku terbaca kat page Ustaz Azhar Idrus yang katanye "kalau kita fikir dengan segulung ijazah dapat menentukan masa depan kita, kita sebenarnya dah silap sebab rezeki kita Allah yang tentukan bukan pada sekeping kertas"..lebih kurang camtu la katanye. Kata-kata Ustaz Azhar Idrus ni makin menguatkan lagi semangat aku!! Lagipun niat aku anta Haziq ni ke tahfiz ni semata-mata kerana Allah..mudah-mudahan dia dapat menjadikan Al-Quran sentiasa dekat dalam hatinya dan dapat mengajarkan ilmu yang dia pelajarinya kelak pada orang lain.

Mak bapak mana yang tak sedih tinggalkan anak jauh-jauh tuk belajar (walapun perjalanan ke Bukit Kerayong Klang ni hanya dalam 1 jam) tapi almaklum la..sebab selama ni anak dah selalu kat depan mata..so rasanye amat janggal bila dia takde kat umah...sedey gak ni :-( Tapi takpe, aku dan suami kena berkorban untuk kebaikan Haziq jugak.

    Muka sedey sebelum kena tinggal :-(
                     
Peluk ayah kuat-kuat..ayahnye pun dalam hati sedey tu :-(









 Ni memang buah hati Haziq...gomol adik sepenuh hati tu..
               
Kenapa MATQI?

Istimewanya MATQI berbanding maahad tahfiz lain ialah MATQI menerima sesiapa jua tuk masuk ke sekolah ni asalkan MINAT UNTUK BELAJAR. Kebanyakan maahad tahfiz lain yang aku dah telefon semuanya hanya terima individu yang dah bole membaca Al-Quran dengan lancar dan dah tau hukum tajwid. Kalau tak diorang takkan terima. Berbeza dengan MATQI yang berprinsip bahawa selagi mana kanak-kanak atau individu tu nak belajar mereka akan terima dan akan ajar diaorang spai pandai. Kalau sekiranya ada yang tak berapa pandai atau lambat dalam menghafaz, mereka akan tengok kekuatan lain pelajar tu..contoh mereka akan serap pelajar yang lambat menghafaz untuk mempelajari pengajian Islam. Kat MATQI pelajar-pelajar akan diajarkan matapelajaran bahasa arab dalam kaedah yang mudah untuk difahami. Manakala pelajar-pelajar yang berpotensi akan dihantar ke Mesir atau Yaman untuk melanjutkan pelajaran kat universiti kat sana.


Untuk musim cuti sekolah ni, MATQI ada mengadakan kem motivasi cuti sekolah selama 2 minggu dan 1 sebulan...so mak bapak leh pilih pakej mana yang diaorang suka. Memang ramai tadi parents yang daftarkan anak..dalam 150 pelajar tuk pakej sebulan ni..



Pengasas MATQI, Ustaz Azrulhakim tengah bagi taklimat

Rasanye dah panjang bebeno aku berceloteh ni. Last but not least..bagi sesiapa yang nak buat "saham akhirat" boleh la kalau nak bayo kan bil air atau elektrik kat MATQI (Tel: 03-3393 3563/3564) ni atau pun nak bagi sumbangan kewangan pun bole; Maybank Berhad: 5622 7290 1703. Atau kalau nak wat tempahan muffin atau nak dapatkan roti-roti yang sedap, leh dapatkan kat bakeri MATQI..memang sedap..kira membeli sambil "menanam saham akhirat" la :-) 

So aku harap kowang doakan yang terbaik untuk Haziq yea. Mudah-mudahan dia bole menjadi "Al-Quran" bergerak yang bole mengajarkan ilmunya nanti pada orang lain yang memerlukan...amin :-)


 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase