Pages

June 04, 2010

Heal The World...With Hot FM Jam

Bersempena dengan World Environment Day arini, aku ngan Haziq (anak bujangku) kuar ke Jaya Jusco Setiawangsa...join Hot FM untuk kempen recycle...kempen nak selamatkan bumi. Aku amik peluang ni untuk nak expose kan pada Haziq pentingnye tuk kita jaga bumi yang dah semakin tenat...

Aku gi sana bukan dengan tangan kosong...Haziq memang bersemangat sebab kutip botol-botol kosong kat sekolah dia untuk bawak ke sini. Dapat juga nak didik dia serba sedikit sifat bertanggungjawab kat bumi kita ni. On top of that..aku ada la bawak kertas-kertas yang aku memang nak recycle...

Sebelum ni aku satu family memang dah praktikkan recycling ni..kadang-kadang kalu pikir memang leceh sikit sebab barang-barang yang dah tak nak pakai tu nak diangkut ke pusat kitar semula, sebab kalau campak dalam tong sampah kan lagi senang. Tapi kalau tak buat macam tu kang ada sampah sarap yang dibung di tempat yang tak sepatutnya.

Oleh kerana kami adalah orang yang paling awal datang...sempat jugak kitaorang di interview live on air ngan Kieran dan Ann. Haziq got so excited :-)

Anyway, just nak share tentang Recycling Facts:

- Dengan mengitar semula 1 botol plastik kita dapat membantu menyelamatkan alam
sekitar yang semakin tenat dari kesan penghasilan botol-botol baru dan juga pengunaan minyak yang digunakan untuk membuat botol.

- Untuk 1 ton plastik yang dikitar semula, kita dah jimatkan pengunaan tenaga kerja untuk 2 orang selama 1 taun dan jugak 2,000 pound pengunaan minyak.

- Dianggarkan 60% daripada sampah sarap yang dibuang setiap hari bole dikitar semula. Kalau suka nak baca lebih lagi, kli sini.

So apa lagi kawan-kawan jom recycle ;-) Tapi sebelum tu jangan lupa hayati lagu Michael Jackson ni..




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase