Pages

June 02, 2010

Kesihatan...tak ternilai harganya....

Sejak dua menjak ni ramai betol orang kat sekeliling aku yang sakit.....sedih bila tengok diaorang...mungkin tu turn diaorg...turn aku tak tau pulak bila. Tapi mintak-mintak biar la sihat sentiasa (melantun selalu ;-)...aminnnn..

Kadang-kadang bila tengok nenek aku yang umur 83 tahun yang sihat tu heran gak..sebab orang sekarang ni muda-muda dah terpeleot..sakit kaki la, sakit pinggang la, sakit belakang la..macam-macam lagi la.

Aku ada gak tanya kat nenek (orang johor panggil nenek dengan panggilan "Tok")..dia kata dia suka makan ulam-ulam yang pahit-pahit, macam pucuk betik la, petai la etc. Even air batu pun dia tak minum beb...leh caya ke?? Kita sekarang ni kalau tak sentuh air batu sehari memang tak sah...dengan air gas nye lain, KFC, Pizza Hut dan segala jenis makanan segera yang lain lah orang kata. Selagi ada benda baru sume nak cuba....sedap la katakan..ingat tak tagline ais krim ni "Hidup Biar Sedap" hehehehe

Tapi bila dah sakit diri sendiri gak yang susah. Kalau orang perempuan macam aku nih, bukan setakat diri sendiri jek yang susah kalau sakit, dengan suaminye lain...ngan anaknye lain...memang pening..haru biru dibuatnye...

So apa nak buat??? Aku ni bukan la nak bagi ceramah ke apa...cuma mungkin kita leh ingat mengingati sesama kita...Antara perkara yang bole kita buat sebagai langkah pencegahan:

1. Makanan - Aku rasa apa yang kita makan tu sangat penting....orang putih kata, what you eat is what you are...Sebab tu, kita kena berhati-hati dalam memilih makanan. Kalau bole kurang-kurangkan makan kat luar..masak sendiri kat umah. Fast food tu cuba la elak-elakkan...

Banyak sebenarnye "Super Foods" yang ada dekat dengan kita...murah tapi kita tak perasan contohnya bawang putih, brocoli, nenas, pisang etc..nak list yang lebih details klik dan baca ni atau klik ni.

Sekarang senang, sebab kita ada internet. Macam-macam tips bole kita carik tentang panduan pemakanan yang baik, nak ngan tak nak jek. Masa zaman nenek kita, mana lah ada semua ni kan...tapi umur diaorang panjang Alhamdullilah..Contohnya maklumat pasal makan ikut jenis darah..cuba baca ni

2. Air - yang kita minum pun tersangat lah penting sebab air paip kita semuanya berklorin. So bagi aku, penapis air yang sesuai memang sangat-sangat penting...sebab klorin ni banyak keburukannya, cuba klik kat sini dan baca. Sekarang ni ada banyak sangat penapis air kat pasaran..so kena bijak memilih. Buat research sikit and comparison sebelum membeli. Kena la jadi pengguna yang bijak...jangan org yang jual cakap bagus terus beli ;-)


3. Supplement - bagi aku memang penting sangat. Sebab hidup zaman sekarang ni, kita wat sume benda nak cepat...masak pun nak cepat sampai kadang-kadang tu masak sayur pun sampai layu..khasiat pun dah tak de. So sebab tu la bagi aku supplement tu penting tuk menggantikan apa yang kita dah miss.

Nak beli supplement tak semestinya yang mahal..yang murah pun bole yang penting mesti berkualiti. Tapi kalau ada budget nak beli yang mahal apa salahnye kan :-) Jangan kedekut sangat nak belanja duit ke arah kesihatan, sebab kalau dah sakit lagi banyak nak pakai duit. Jadi, sebelum sakit kita cuba la jaga dulu...mudah-mudahan Allah izinkan..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 Kehidupan Dari Kaca Mata....Rena. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase